Monday, May 3, 2010

Album Terbaik AIM 17

Salah satu kulit album Adrenalin

Setelah hampir 2 tahun menunggu kemunculan album terbaru atau album kedua Faizal Tahir, akhirnya album Adrenalin telah pun dijual di seluruh Malaysia pada 12 Mac yang lalu. selepas seminggu barulah aku berjaya memiliki album tersebut kerana baru sahaja dijual di sekitar Johor Bahru. Dalam tempoh sebulan lebih kemunculannya, Adrenalin berjaya tercalon dalam AIM ke 17. Pencalonan album ini mendapat kritikan yang hebat juga disebabkan ianya masih lagi baru. Namun sebenarnya album ini tercalon juga kerana album ini sebenarnya telah pon diedarkan melalui digital tahun lalu, oleh itu ianya cukup memenuhi kriteria untuk dicalonkan dalam AIM ke 17.

Bukan itu sahaja, album ini telah berjaya merangkul dua anugerah pada malam itu iaitu Album Rock terbaik dan Album Terbaik. Sesungguhnya, album ini mmg sebenarnya layak untuk merangkul anugerah tersebut berbanding dengan calon2 lain yang ada. Sejujurnya, kali pertama aku mendengar lagu2 dari album ini, aku mengambil ms juga untuk memahami lagu2 yang ada dari segi penulisan liriknya dan susunan muziknya. Album ini boleh dikatakan berjaya menarik minat aku untuk terus mendengar kerana susunan muziknya yang lebih segar dan baru. Sentuhan muzik yang baru yang mungkin tidak dapat didengar pada album2 yang lain melainkan ianya adalah hasil nukilan Faizal Tahir dan Audi Mok sendiri. Liriknya juga mengandungi isi2 yang bergitu tersirat sekali dan memerlukan perasaan untuk memahaminya.

Aku betol2 menggalakkan sesiapa sahaja untuk memiliki album ini dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh Faizal Tahir dan Audi Mok. Lagu yang paling aku suka dalam album ini adalah Muzik, Selamat Malam, Adrenalin, Hanyut dan Semesta. Tapi ingat, beli yang original ok, kerana album ini benar2 berkualiti, dan anda tidak menyesal untuk memilikinya.