Kasih ibu memang tak dapat kita bandingkan dengan setiap benda yang ada di dunia ini. Ibu kita yang sebenarnya PEREMPUAN merupakan seorang yang lagi kuat dan tabah sebenarnya. Tidak kisah seteruk mana anak pun ibu masih akan mengakui itu adalah darah dagingnya dan apa2 yang berlaku dia tetap akan rasa bertanggung jawab. Justeru, memang tak dapat dinafikan lagi kita sebenarnya lagi rapat dengan ibu kita.
Sebenarnya, bukan karangan tentang ibu yang aku fokuskan tetapi ianya merupakan pengalaman pertama aku sepanjang 4 bulan bergelar seorang pendidik. Pada 25 haribulan April, sewaktu aku dan teman serumah pergi membeli barangan dapur dan ketika sedang menunggu rakan2 yang lain aku ternampak dua orang pelajar yang sememangnya aku kenal kerana mereka adalah "anak2" aku di sekolah. Aku merupakan guru tingkatan mereka masakan aku tak kenal pelajar yang sememangnya sudah seminggu tidak hadir dan aku sendiri telahpun keluarkan surat amaran yang kedua kerana ketidakhadiran tanpa kenyataan mereka. Aku memandang mereka, mereka juga begitu. Pandangan mereka ketika itu seolah-olah mengharapkan bantuan daripada aku. Tapi aku yang sebenarnya tidak mengetahui apa yang sedang berlaku ketika mereka berjalan dengan kedua-dua tangan di belakang dan diiringi oleh 2 orang staff pasaraya itu.
Aishah berkata padaku, "dorang kerja kat sini ke?"
aku yang sememangnya sedang bengang dengan mereka kerana kerap ponteng sekolah menjawab.
"yeke kerja? dengan baju sekolah lagi tu....."
kemudian kami pun mengendahkan mereka. Tiba-tiba seorang staff pasaraya menyapa kami,''Cikgu ni cikgu budak berdua ni ke??"
Terkejut aku. Aku pun mengaku dan tanya kenapa. Kami diberitahu yang mereka telah mencuri kira-kira jam 5.30 petang dan mereka berdua beritahu staff pasaraya itu yang cikgu mereka ni boleh tolong mereka. Sebenarnya ada dua orang lagi yang telah pun dibawa ke balai kerana telah dapat menghubungi ibu bapa masing2. Tetapi dua orang pelajar yang aku jumpa ni tidak ingat langsung nombor telefon keluarga mereka. Staff pasaraya itu meminta bantuan kami berempat untuk menghubungi keluarga pelajar terbabit untuk diselesaikan secara aman.
Walaupun kami telah menjelaskan yang kejadian ini berlaku di luar kawasan sekolah dan kami tidak bertanggung jawab sebab apa sahaja kejadian yang berlaku di luar kawasan sekolah merupakan tanggung jawab ibu bapa, tetapi mereka semua masih mengharapkan yang kami boleh membantu mereka. Aku pada mulanya rasa terganggu sangat dengan apa yang berlaku. Dalam hati aku asyik berkata 'kenapalah korang libatkan aku sekali...kan ni waktu rehat aku....nak keluar dengan kawan2....' Tetapi atas dasar tanggung jawab dan nasihat dari kawan2 aku cuba menghubungi Penyelia Petang untuk meminta pendapat beliau, tetapi gagal. Akhirnya aku menghubungi guru disiplin. Cikgu FBI meminta aku membantu mereka. Satu2nya cara yang ada ialah masuk ke bilik guru dan dapatkan file disiplin mereka untuk mengambil nombor telefon keluarga mereka. Setelah dapat aku menghubungi kedua2 ibu bapa pelajar tersebut memberitahu apa yang berlaku dan minta mereka datang ke pasaraya tersebut untuk menyelesaikan masalah anak2 mereka. Kedua2nya begitu terkejut dengan berita yang aku sampaikan dan ada juga yang menyalahkan aku kerana lambat beritahu mereka. The question here, am I really make the mistake that deserve to be blamed?
Tetapi apa yang menghampakan, sampai sahaja di pasaraya tersebut, wakil pasaraya tersebut memberitahu kami yang kedua2 pelajar tersebut telah pun dibawa ke balai polis kerana kes itu sudah terlalu lama jadi mereka dah taknak tunggu lagi. Sekali lagi aku diminta untuk menghubungi kedua-kedua ibu bapa tadi supaya mengambil anak mereka di balai. Aku ditengking oleh salah seorang ibu pelajar tersebut. Dia menyalahkan aku kenapa bawa kat balai, tadi kata suruh datang pasaraya tu sahaja. Aku yang memang tergamam kerana ditengking sebegitu rupa meminta sahaja dia terus ke balai.
Keesokkan harinya, 26 April, ibu salah seorang pelajar tadi telah datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru disiplin. Kes ini telah pun melibatkan pihak sekolah kerana aku kebetulan berada di tempat kejadian semalam dan ianya dianggap sebagai mencemarkan maruah sekolah kerana mereka berpakaian sekolah yang lengkap dengan lencana. Pihak polis pun telah berikan hukuman, begitu juga dengan Pasaraya tersebut, jadi apa yang sekolah boleh buat hanya rekodkan sahaja di rekod disiplin serta meminta pelajar terbabit membuat akuan janji di hadapan ibunya, guru disiplin dan aku sendiri yang merupakan guru tingkatannya.
Sayu sungguh waktu itu. Tatkala cikgu FBI brainwash pelajar tadi ibunya bersuara, "dia memang dah taknak fikirkan mak dia lagi...dia memang nak tengok mak dia mati....ni mak da nak bersalin kalau mak mati angah sukalah...'' pelajar itu juga menangis.. Mengalir air mata aku.
Aku difahamkan pihak pasaraya ade tampar mereka, pihak polis juga telahpun merotan mereka, apabila pulang dia dibelasah teruk oleh ayahnya. Ayahnya tidak mahu mengaku pelajar itu anak dia lagi. Ayahnya juga telah memukul ibunya sewaktu ibunya cuba menyabarkan ayahnya yang sedang marah dan memukul anaknya dengan teruk sekali. Sedih aku.... TT__TT
Kata2 ayahnya yang diberitahu oleh ibu pelajar tadi yang aku betol2 tak boleh terima, "awak nak lepaskan saya ke tak?? kalau sayang saya baik lepaskan! biar sy ajar anak awak ni!! kalau xnak takpe saya ceraikan awak...saya boleh buat anak dengan orang lain!!" What the..............
Itulah dia kehidupan sebenarnya. Kami sebagai guru tidak mahu menyalahkan sesiapa. Ini semua tanggung jawab masing2. Kalau ibu bapa mahu anak berubah dan mahu sekolah mengubah mereka, berikanla kerja sama... Biar kita sama2 didik anak2 kita menjadi insan yang berguna. Pelajar yang bermasalah mungkin disebabkan ia datang dari keluarga yang bermasalah, tetapi kita semua tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Aku sebagai guru tingkatan memang jauh dari sudut hati aku, aku nak mereka jadi anak yang baik, taat pada ibu bapa, aku nak tolong didik anak2 mereka sbb ianya juga tanggung jawab aku. Sama2lah kita berdoa ~
![]() | |||
| DBSK in Malaysia with school uniform |
Aku kate ~ jadi lelaki janganlah terlalu ego yea.....Isteri tu walaupun kerjanya suri rumah banyak lagi benda dia nak kena buat....jaga anak sama2la dah buat anak pun sama2 kan....lalalalalalala~

