Persoalan pertama berlegar kat kepala batu aku ni adalah; "Salah aku ke? aku ke yang bersalah? patut ke aku rasa bersalah???"
Aku rimas dengan suasana sekeliling aku yang seolah-olah menyalahkan aku. Aku mudah rasa bersalah pada benda yang kadang kala aku fikir bukan salah aku. Egokah aku jika tidak mengaku kesalahan?? tp bagaimana dengan insan yang bersalah? Aku tak tahulah aku cerita pasal apa. Sesiapa yang terasa, maafkan saya. Jauh dari sudut hati aku, aku memohon maaf andai kau rasakan aku yg patut berbuat demikian.
Aku x suka orang berkecil hati dengan kata-kata aku, aku terlalu risaukan org bersangka buruk pada aku. Hari2 yang aku lalui aku cuba untuk tidak menyakitkan hati orang, tp aku hanya manusia biasa yang kadangkala tidak dapat menahan kemarahan ataupun terlalu emosional dengan perkara yang simple. For "you" i'm sorry for "THAT RUDE" word. I'm really sorry. Aku sedih jugak, "you" adalah insan yang selalu berada di samping aku ketika aku sedih, tapi aku terlalu mudah untuk menghemburkan kata2 yang menyakitkan hatinya. Kenapa setiap perbuatan baik dia harus aku balas sebegitu rupa. Sejujurnya aku menyesal. Maafkan saya......saya tidak akan ulanginya lagi... itu janji saya... =(
Persoalan keduanya; kita biasa dengar hidup umpama roda, kadangkala kita kat atas, kadangkala di bawah. Aku betol rasakan hidup aku ibarat roda, tp bukan shj disebabkan kadangkala di atas atau di bawah, tetapi aku rasakan hidup aku macam satu putaran, pusingan dan sewaktu dengannyalah. Aku mula perasan, aku lalui peristiwa yang sama berulang-ulang dalam jangka masa yang tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat juga. Peristiwa "itu" sudah lebih 3 kali rasanya berulang-ulang, dan aku akan lakukan perkara yg sama, sehingga yang berlaku baru-baru ini agak berbeza sedikit mungkin sebab dah selalu sngt berlaku. Aku xnaklah cerita kali pertama peristiwa "itu" berlaku, tp yang pastinya sekarang masing2 pon dah tidak peduli apa yang akan berlaku selepas ini. Senang crt, aku ringkaskan peristiwa itu kepada satu ayat; "mudah jatuh hati, suka lepas tu gaduh, rasa kehilangan, cari pengganti, jatuh hati balik dan seterusnya". Aku keliru. Nampak macam remeh, tp inilah kehidupan aku. Aku sekarang sampai rasakan ape semua nih? Kenapa cinta dan kesetiaan tu terlalu susah pada aku. Bila putuskan aku menyesal, bila sambung balik....eh entahlah. Apa semua ni? Cinta tu ape? Cintailah YANG MAHA ESA. Aku harap aku mudah menjalani hidup aku selepas ini. END!
Jodoh pertemuan kuasa Allah, aku percaya jika ada jodoh "kita", "kita" pasti akan bersama. Aku mungkin belum bersedia dengan komitmen itu. Aku bukan seorang yang mesra alam, mudah didekati, lovely, cantik, pandai, lemah lembut atau apa apa jelah sifat perempuan yang disukai lelaki, tapi.........hmm... "Awak" atau "kau" berhak dapat yang lebih baik. Semoga berbahagia. Aku di sini akan berusaha untuk lebih sedar diri dan berpijak pada bumi yang nyata. Aku akan berusaha untuk lebih sayangkan diri ini, melatih diri untuk lebih kuat, bersabar dan sebagainya. Terima Kasih pada yang sudi membaca penulisan ini...
SEKIAN ~~