Bila berada dalam keadaan tertekan aku biasanya tidak suka berada dalam kalangan kelompok yang ramai. Sebab aku mudah rasa mual atau marah dengan orang lain. Kadangkala aku rasakan mereka sesuka hati bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dalam waktu inilah aku paling tidak suka orang mengutuk aku walaupun bergurau, kerana aku tidak boleh terima sebarang gurauan ketika ini. Entahlah, aku tak suka berperangai sebegini sebenarnya. Tapi aku tidak dapat mengelak dari berperasaan begini. Ada sahaja perkara yang boleh buat aku rasa menyampah. Aku tidak suka perasaan ini. penyelesaiannya mungkin aku akan keluar dengan orang yang mungkin tidak berapa arif dengan perangaiku ataupun yang akurasa lebih bagus lagi adalahBERSENDIRIAN..............
Tuesday, March 23, 2010
Kadangkala Duduk Sorang2 Lagi Baik kot....
Sekarang ni boleh dikatakan aku berada dalam keadaan yang kritikal. Dengan projek tahun akhir yang memeningkan, viva, test asignment dan macam-macam lagilah. Sejujurnya, aku bukanlah seorang yang boleh uruskan tekanan dengan baik. Keadaan kritikal sekarang ini membuatkan aku berada dalam keadaan yang agak tertekan. Cara aku mengendalikannya adalah TIDUR ataupun MENDIAMKAN DIRI. Kalau orang yang sudah biasa dengan aku, mereka akan faham kalau aku berdiam diri maksudnya aku sedang marah, tertekan ataupun entahlah. Sebab aku rasa kalau aku menurutkan kata hati, meluahkan segala yang aku tidak puas hati pasti ada insan yang terluka walaupun insan itu sebenarnya melukakan hati aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment