Wednesday, October 6, 2010

C=


KERETA IDAMAN


DESTINASI PERCUTIAN



PERKAHWINAN IMPIAN


Akukate ~Walau apapun, ianya semua ketentuan Ilahi. InshaAllah jika diizinkan Allah aku akan penuhi segala impian, matlamat dan tanggung jawabku.

Sunday, October 3, 2010

Aku dah grad woi!!!


Flying Mortarboard

Tajuk post ni betul2 menggambarkan betapa gembiranya bila habis belajar. Sebenarnya gembira habis belajar tidak segembira hari konvokesyen. Dah lama tak update blog ni, dah naik sawang sebab dah lama tak dilawat…hehe.. So, today I’m going to story about my convocation day, it’s really my big day.

Bila difikir2kan balik, aku rasa macam2 hal dah berlaku sepanjang aku hendak mendapatkan sebuah ijazah (ehem, sekarang dah tak realistic nak panggil segulung ijazah yea sebab dah tak dapat Scroll lagi tapi Album..hehe). Mengimbau peristiwa 4tahun dulu, aku dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayahku demi hendak menghantar aku belajar ke university. Bayangkan, RM1900 sebagai bayaran pendaftaran bukanlah satu jumlah yang sedikit, itu belum lagi nak beli toiletries, stationeries, belanja harian lagi, yela belum dapat PTPTN lagi kan. Tapi ibu aku ada teringat yang dia ada meminjamkan sejumlah wang kepada saudaraku semasa dia mahu masuk ke university jugak, tapi tindakan ibu aku meminta wangnya dikembalikan kerana mahu menghantar aku belajar pula disalahertikan oleh mereka. Ya! Memang mereka dah pulangkan tapi selepas 2bulan lebih aku di UTM, tu pun melalui pos. Nasib baik sampai duit tu, kalau tak??? Sampai sekarang hubungan mereka adik beradik belum pulih lagi, aku pun tidak tahu kenapa. Jika benar kami yang bersalah, kami telah meminta maaf kepada mereka pada raya pertama baru2 ini, tetapi kedatangan kami seperti tidak diinginkan, bahkan mereka anak beranak tidak mahu keluar pun berjumpa dengan kami sekeluarga. Entahlah… salah ke ibu aku nak duit dia balik untuk anak dia, mintak secara baik bukan memaksa, kalau paksa mesti duit tu tak diterima selepas 2bulan aku di UTM kan??? Takpela, aku harap suatu hari nanti mereka akan sedar. Berbalik pada wang pendaftaran, ayahku akhirnya dapat memberikannya kepada aky dengan hasil titik peluhnya….sedihkan… betol orang kata, simpan duit nanti nak hantar anak belajar senang, so ayah aku dapat merealisasikannya. Terima kasih ayah dan ibu.

Bermacam suka duka aku alami sepanjang berada di UTM, pelbagai perkara dipelajari dan pelbagai pengalaman dialami. Banyak perkara 1st time berlaku sepanjang menjadi pelajar U. Banyak juga pengalaman berlaku yang mematangkan diri ini. Jika ditanya kepada rakan2ku, aku pada tahun pertama memang sangat berbeza dengan aku di tahun 4. Betollah orang kata, kehidupan di kampus memang menyeronokkan. Aku belajar mengenal asam garam kehidupan, mengenal perilaku manusia, ragam masyarakat dan yang pastinya aku mengenal erti cinta. Highlightkan pada kisah cintaku, aku belajar memberi cinta, aku terlalu asyik belajar mencintai orang sehingga aku tak sedar untuk menerimanya. Aku endahkan orang yang benar2 mencintaiku dan terlalu asyik menjaga hati orang yang tidak pernah berniat nak terima cintaku. Bukan tak peduli, tapi aku malas nak fikirkan sangat hal cinta ni. Sampailah tahun akhir baru aku sedar segalanya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, tapi hingga ke saat ini aku masih lagi belajar bercinta. Sungguh, aku tak mahir, aku dah biasa bertindak mengikut kemahuan sendiri. Tapi apa2 pun aku serahkan segalanya kepada takdir Allah, Dialah yang berhak tentukan segala2nya.

A & F

Menjelang hari konvokesyenku aku begitu teruja sekali, tidak sabar hendak mencuba jubah, nak ambil gambar, nak keluar dengan rakan2 yang dah lama tak jumpa. Aku mula merancang berbagai2 perkara, aku beli tiket ke JB seawal mungkin untuk menghadiri raptai dan reunion. Tapi benarlah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Hari yang sepatutnya aku bertolak ke JB, ayahku telah menghadapi kemalangan, berat hati ini hendak meneruskan segala perancanganku. Tapi ayahku menyuruh jugak aku pergi, setelah dipujuk beberapa kali aku pergi jugak, tapi dalam tempoh yang singkat. Memang seronok berjumpa kembali dengan rakan2, tapi senyum yang terukir belum dapat memastikan hati sedang berasa senang. Aku bawak kamera, tetapi aku tak rasa mahu bergambar. Bila bergambar beramai2 aku lebih suka ambilkan gambar dari sama2 bergambar. Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Di sisi insan yang aku sayang, aku menangis semahunya, tidak dapat lagi menyembunyikan segala kesedihan.

Families

Pada hari konvokesyen, aku rasa sangat terharu dan gembira ayahku mahu menghadiri majlis konvokesyenku walaupun kesihatannya yang masih belum pulih lagi. Sewaktu Naib cancelor mengarahkan kami semua untuk bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada ibu bapa, aku rasa sebak, air mataku mengalir secara tiba2. Aku teringat betapa besar harapan dan pengorbanan ibu dan ayahku. Selesai konvokesyen, hatiku sekali lagi sayu tatkala hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada kami dan belon turun dari atas. Entah, yang ni aku betul2 tak tau kenapa aku begitu sayu…hehe… Selesai majlis, kami keluar dan melambungkan mortarboard kami, seronoknya time ni. Aku menerima 3jambak bunga ros, terharunya…. Terima kasih kepada semua pemberi bunga dan hadiah yea…hehe.. Aku sempat bergambar seketika sahaja kerana keadaan tidak mengizinkan dan kami pulang awal. Walaupun segala perancangan aku untuk photoshoot dengan rakan2, bergambar studio dengan keluarga tidak kesampaian, tapi aku bersyukur sangat sebab semua ahli keluargaku hadir di hari konvokesyenku. Terima kasih kepada Kaklong, Abg Fiq dan iman yang sanggup turun dari KL untuk menghantar aku ke konvokesyen ini.

My Classmates

Akukate ~ lama pulak aku tunggu nak posting nih...... SIGH~~