Tetapi hari ni aku cuba nak keluar ke pasar seorang diri walaupun ayah dan ibu dah berkali2 pesan supaya tidak berseorangan jika ke mana-mana. Aku bukan apa, aku tak nak susahkan sesiapa. Betul orang kata, kalau benda nak jadi kita bukan boleh elak...
Aku selesaikan kerja rumah secepat yang mungkin, sapu sampah, kemas rumah, basuh baju, cuci sinki dan sidai baju. Selesai kerja rumah aku terus turun untuk mendapatkan keretaku. Terus terang aku kata, walaupun sebelum ni aku takut nak bawak kereta tapi bila dah selalu bawak aku asyik rasa nak bawak je. Semacam seronok je kalau dapat duduk di tempat pemandu itu. Jadi, dengan yakinnya aku keluar dari taman perumahan ke pasar.
Hampir tiba di pasar parking pulak penuh, aku pun terus ke depan mencari tempat parking yang lain. Sampailah di satu simpang tiga, aku berhenti untuk ke kanan dan memastikan keadaan selamat untuk aku ke kanan. Bila sudah tiada kereta di kiri dan kananku, aku gerak dan tiba2 ada kereta di hadapanku yang sedang mengundur untuk keluar dari petak parking. Aku sempat brek tetapi BANG!! Aku hon dia.. Tetiba dia keluar kereta, lelaki dan terus menuju ke arahku. Aku rasa aku dah cukup pucat masa tu. Tangan aku betul2 menggigil. Kaki aku pulak kuat menekan brek. Dia marah aku, "apa macam you bawak? tak nampak saya sudah mahu 'gostan'!?"
Dalam keadaan yang sungguh panik aku terus jawab
"saya sudah bagi signal mahu ke kanan....."
"tapi saya sudah mau gostan ma...sikarang tatau, camane mau settel??" dia terus potong jawapan aku.
"kereta you ade rosak ke??" aku tanya balik
"ada sikit calar ma....macam mana mau kira??"
Aku yang memang betol panik terus ketepikan kereta dan keluar dari kereta untuk melihat calar yang dia katakan tadi tanpa aku hiraukan kereta aku yang mungkin lagi teruk. Semasa aku pergi ke arahnya dia terus cakap,
"tak apela....tak apelah....kira settle la...calar sikit saja....cincaila...." terus masuk ke kereta dan pergi.
Yang aku pulak berdiri terpinga2 kat situ....Aduhai~
Aku periksa kereta aku, ada kemek sikit....Aku masih lagi bingung tentang apa yg sedang berlaku, tapi apa yg aku pasti aku tertanya2, kenapa dia kira cincai plak tadi kata nak settle. Aku dah terfikir2 tadi, andai dia nak suruh aku bayar ganti rugi aku akan cakap aku nak telefon ayah aku dulu...Biar lelaki yang settle kan....
Aku masuk ke kereta, entah kenapa aku menangis...Aku betul2 takut. Aku telefon seseorang... Aku betol2 tak cukup tenang waktu itu untuk memandu. Apa yang aku buat hanya menangis. Selepas 10 minit aku dapat balik keyakinan untuk terus memandu, yela takkan aku nak berada kat situ selama2nya. Walaupun masih terketar2, aku teruskan juga pemanduan.
Selepas kejadian ni, aku tiba2 rasa trauma....kesian my Vee aku.. Hmmm~
Aku kate ~ kena berteman nak pegi mana2 lepas ni...lainlah kalau awak tu memang dah mahir nak tengok semua cermin yang ada kat kete tu dalam masa 1 saat je....huuuu~













