Friday, July 22, 2011

Kisah Dongeng ~ by Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Saturday, July 2, 2011

KOREAN SINGER / BAND with their OFFICIAL FANS CLUB NAME and COLOR

2AM
Fansclub name : IAM
Fansclub color : black

2PM
Fansclub name : Hottest
Fansclub color : black

2NE1
Fansclub name : Black Jack
Fansclub color : hot pink

AFTERSCHOOL
fanclub name : playgirlz

BIG BANG
Fansclub name : VIP
Fansclub color : light yellow


BI RAIN
Fansclub name : Cloud
Fansclub color : silver

B2ST / BEAST
Fansclub name : B2uty

BOA
Fansclub name : Jumping BoA
Fansclub color : pearl yellow

BROWN EYED GIRLS
Fansclub name : Everlasting

DBSK / TVXQ! / TOHOSHINKI
Fansclub name : Cassiopeia (Korea), Biggeast (Japan)
Fansclub color : pearl red

F.T ISLAND
Fansclub name : Primadonna
Fansclub color : sunshine yellow

KARA
Fansclub name : Kamilia
Fansclub color : pearl peach

MBLAQ
Fansclub name : A-Plus

SE7EN
Fansclub name : Lucky SE7EN
Fansclub color : lime green

SHINee
Fansclub name : SHINee World
Fansclub color : pearl teal / pearl aqua

SS501
Fansclub name : Triple S
Fansclub color : pearl green

SUPER JUNIOR
Fansclub name : ELF (Everlasting Friends)
Fansclub color : pearl sapphire blue

SUPER JUNIOR M
Fansclub name : Flawless
Fansclub color : pearl sapphire blue

SHINWA
Fansclub name : Shinwa Changjo
Fansclub color : orange

SNSD / GIRLS’ GENERATION
Fansclub name : S♡NE
Fansclub color : pink

4MINUTE
Fansclub name : 4NIA

U-KISS
Fansclub name : Kiss Me
Fansclub color : transparent

WONDERGIRLS
Fansclub name : Wonderful
Fansclub color : pearl burgundy

AST’1
Fansclub name : Eunice
Fansclub color : pearl purple

EPIK HIGH
Fansclub name : High Skool
Fansclub color : gray

JANG RI IN
Fansclub name : Chocolate
Fansclub color : light green (Korea), gold (China)

LEE SUNG GI
Fansclub name : Airen
Fansclub color : pearl mint

T-MAX
Fansclub name : Mighty Max
Fansclub color : black

CSJH THE GRACE
Fansclub name : Shapley
Fansclub color : pastel pink

H.O.T
Fansclub name : Club H.O.T
Fansclub color : white

TRAX
Fansclub name : Traxian
Fansclub color : dark blue

KANGTA
Fansclub name : Club K.I.T

IVY
Fansclub name : Ivynus
Fansclub color : lime green

PARAN
Fansclub name : Blue Ciel
Fansclub color : light blue

S.E.S
Fansclub name : Friend
Fansclub color : purple

SG WANNABE
Fansclub name : Love Room
Fansclub color : pearl gold

8EIGHT
Fansclub name : Inifinity

BABY V.O.X
Fansclub name : Baby Angels
Fansclub color : pearl pink

f(x)
Fansclub name : Aff(x)tion
Fansclub color : pearl chocolate

Big Bang with their VIP

TVXQ's Cassiopeia form the RED OCEAN

Friday, June 24, 2011

Aku terima segalanya~

Entah....aku sebenarnya memang jenis orang yang malas nak peduli benda2 yang boleh buat aku bingung dan pening...aku kadang malas nak fikir... selagi boleh elak, aku akan terus elak daripada memikirnya... tapi jangan silap, aku bukan jenis yang tak bertanggungjawab... mungkin sikap aku yang satu itu telah menyingung perasaan orang lain tanpa aku sedari...percayalah aku bukan sengaja...

Semua orang mesti tak suka jika dituduh tanpa usul periksa.....aku takdelah kate aku da cukup matang. tp apa yang berlaku tadi mengajar aku supaya beranggapan yang setiap orang pun pasti berhak menyuarakan ketidakpuasan hati masing2.... walaupun pedih hati menghadapinya, tapi biarlah demi sebuah persahabatan.....

Aku akui, mungkin aku seorang yang lembap sehingga menyusahkan orang lain... ya! hanya itu sahajalah alasan yang mungkin akan puaskan hati semua orang...Aku memang susah nak buat keputusan...aku terlalu bergantung pada gerak hati sehingga menyebabkan orang lain ternanti2 jawapan aku....tapi terus terang aku katakan,aku bukan sengaja...tak pernah langsung aku berniat nak sakitkan hati orang.....

hati aku sakit tapi siapalah aku nak harapkan sangat orang lain memahami aku...ya aku tau aku tak layak....kesannya aku mmg terpaksa biarkan jelah..aku terima segalanya......

Saturday, May 28, 2011

Tetaplah wahai hati

Akanku pastikan rasa ini tetap sama biarpun bertahun lamanya kasih disulam
Akanku pastikan rasa ini tetap mekar biarpun pahit kehidupan yang dilalui
Akanku pastikan rasa ini tetap setia biarpun pilihan tersedia di hadapan mata
Akanku pastikan rasa ini tetap pasti walaupun keputusan penting perlu dihadapi

Tetaplah wahai hati jika itulah apa yang dicari
Tetaplah wahai hati jika itulah yang mesti
Tetaplah wahai hati jika itulah hidup dan mati
Tetaplah wahai hati jika itulah yang dirasai

Tetaplah wahai hati dan pastikan rasa itu tetap sama......



Akukate ~ Cubalah untuk setiaaaaa......

Tuesday, April 26, 2011

Pengalaman oh pengalaman

Kisah ini aku kongsikan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa atau menyalahkan sesiapa. Ianya mungkin satu kisah yang boleh dijadikan pedoman dan pengajaran terutamanya kepada diri aku sendiri yang satu hari nanti jika diizinkan Allah juga akan memiliki anak2 yang perlu dididik dengan sepenuh kasih sayang dan tanggung jawab.

Kasih ibu memang tak dapat kita bandingkan dengan setiap benda yang ada di dunia ini. Ibu kita yang sebenarnya PEREMPUAN merupakan seorang yang lagi kuat dan tabah sebenarnya. Tidak kisah seteruk mana anak pun ibu masih akan mengakui itu adalah darah dagingnya dan apa2 yang berlaku dia tetap akan rasa bertanggung jawab. Justeru, memang tak dapat dinafikan lagi kita sebenarnya lagi rapat dengan ibu kita.

Sebenarnya, bukan karangan tentang ibu yang aku fokuskan tetapi ianya merupakan pengalaman pertama aku sepanjang 4 bulan bergelar seorang pendidik. Pada 25 haribulan April, sewaktu aku dan teman serumah pergi membeli barangan dapur dan ketika sedang menunggu rakan2 yang lain aku ternampak dua orang pelajar yang sememangnya aku kenal kerana mereka adalah "anak2" aku di sekolah. Aku merupakan guru tingkatan mereka masakan aku tak kenal pelajar yang sememangnya sudah seminggu tidak hadir dan aku sendiri telahpun keluarkan surat amaran yang kedua kerana ketidakhadiran tanpa kenyataan mereka. Aku memandang mereka, mereka juga begitu. Pandangan mereka ketika itu seolah-olah mengharapkan bantuan daripada aku. Tapi aku yang sebenarnya tidak mengetahui apa yang sedang berlaku ketika mereka berjalan dengan kedua-dua tangan di belakang dan diiringi oleh 2 orang staff pasaraya itu.
Aishah berkata padaku, "dorang kerja kat sini ke?"
aku yang sememangnya sedang bengang dengan mereka kerana kerap ponteng sekolah menjawab.
"yeke kerja? dengan baju sekolah lagi tu....."
kemudian kami pun mengendahkan mereka. Tiba-tiba seorang staff pasaraya menyapa kami,
''Cikgu ni cikgu budak berdua ni ke??"
Terkejut aku. Aku pun mengaku dan tanya kenapa. Kami diberitahu yang mereka telah mencuri kira-kira jam 5.30 petang dan mereka berdua beritahu staff pasaraya itu yang cikgu mereka ni boleh tolong mereka. Sebenarnya ada dua orang lagi yang telah pun dibawa ke balai kerana telah dapat menghubungi ibu bapa masing2. Tetapi dua orang pelajar yang aku jumpa ni tidak ingat langsung nombor telefon keluarga mereka. Staff pasaraya itu meminta bantuan kami berempat untuk menghubungi keluarga pelajar terbabit untuk diselesaikan secara aman.

Walaupun kami telah menjelaskan yang kejadian ini berlaku di luar kawasan sekolah dan kami tidak bertanggung jawab sebab apa sahaja kejadian yang berlaku di luar kawasan sekolah merupakan tanggung jawab ibu bapa, tetapi mereka semua masih mengharapkan yang kami boleh membantu mereka. Aku pada mulanya rasa terganggu sangat dengan apa yang berlaku. Dalam hati aku asyik berkata 'kenapalah korang libatkan aku sekali...kan ni waktu rehat aku....nak keluar dengan kawan2....' Tetapi atas dasar tanggung jawab dan nasihat dari kawan2 aku cuba menghubungi Penyelia Petang untuk meminta pendapat beliau, tetapi gagal. Akhirnya aku menghubungi guru disiplin. Cikgu FBI meminta aku membantu mereka. Satu2nya cara yang ada ialah masuk ke bilik guru dan dapatkan file disiplin mereka untuk mengambil nombor telefon keluarga mereka. Setelah dapat aku menghubungi kedua2 ibu bapa pelajar tersebut memberitahu apa yang berlaku dan minta mereka datang ke pasaraya tersebut untuk menyelesaikan masalah anak2 mereka. Kedua2nya begitu terkejut dengan berita yang aku sampaikan dan ada juga yang menyalahkan aku kerana lambat beritahu mereka. The question here, am I really make the mistake that deserve to be blamed?

Tetapi apa yang menghampakan, sampai sahaja di pasaraya tersebut, wakil pasaraya tersebut memberitahu kami yang kedua2 pelajar tersebut telah pun dibawa ke balai polis kerana kes itu sudah terlalu lama jadi mereka dah taknak tunggu lagi. Sekali lagi aku diminta untuk menghubungi kedua-kedua ibu bapa tadi supaya mengambil anak mereka di balai. Aku ditengking oleh salah seorang ibu pelajar tersebut. Dia menyalahkan aku kenapa bawa kat balai, tadi kata suruh datang pasaraya tu sahaja. Aku yang memang tergamam kerana ditengking sebegitu rupa meminta sahaja dia terus ke balai.

Keesokkan harinya, 26 April, ibu salah seorang pelajar tadi telah datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru disiplin. Kes ini telah pun melibatkan pihak sekolah kerana aku kebetulan berada di tempat kejadian semalam dan ianya dianggap sebagai mencemarkan maruah sekolah kerana mereka berpakaian sekolah yang lengkap dengan lencana. Pihak polis pun telah berikan hukuman, begitu juga dengan Pasaraya tersebut, jadi apa yang sekolah boleh buat hanya rekodkan sahaja di rekod disiplin serta meminta pelajar terbabit membuat akuan janji di hadapan ibunya, guru disiplin dan aku sendiri yang merupakan guru tingkatannya.

Sayu sungguh waktu itu. Tatkala cikgu FBI brainwash pelajar tadi ibunya bersuara, "dia memang dah taknak fikirkan mak dia lagi...dia memang nak tengok mak dia mati....ni mak da nak bersalin kalau mak mati angah sukalah...'' pelajar itu juga menangis.. Mengalir air mata aku.

Aku difahamkan pihak pasaraya ade tampar mereka, pihak polis juga telahpun merotan mereka, apabila pulang dia dibelasah teruk oleh ayahnya. Ayahnya tidak mahu mengaku pelajar itu anak dia lagi. Ayahnya juga telah memukul ibunya sewaktu ibunya cuba menyabarkan ayahnya yang sedang marah dan memukul anaknya dengan teruk sekali. Sedih aku.... TT__TT

Kata2 ayahnya yang diberitahu oleh ibu pelajar tadi yang aku betol2 tak boleh terima, "awak nak lepaskan saya ke tak?? kalau sayang saya baik lepaskan! biar sy ajar anak awak ni!! kalau xnak takpe saya ceraikan awak...saya boleh buat anak dengan orang lain!!" What the..............

Itulah dia kehidupan sebenarnya. Kami sebagai guru tidak mahu menyalahkan sesiapa. Ini semua tanggung jawab masing2. Kalau ibu bapa mahu anak berubah dan mahu sekolah mengubah mereka, berikanla kerja sama... Biar kita sama2 didik anak2 kita menjadi insan yang berguna. Pelajar yang bermasalah mungkin disebabkan ia datang dari keluarga yang bermasalah, tetapi kita semua tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Aku sebagai guru tingkatan memang jauh dari sudut hati aku, aku nak mereka jadi anak yang baik, taat pada ibu bapa, aku nak tolong didik anak2 mereka sbb ianya juga tanggung jawab aku. Sama2lah kita berdoa ~
DBSK in Malaysia with school uniform



Aku kate ~ jadi lelaki janganlah terlalu ego yea.....Isteri tu walaupun kerjanya suri rumah banyak lagi benda dia nak kena buat....jaga anak sama2la dah buat anak pun sama2 kan....lalalalalalala~

Saturday, April 2, 2011

Malang Tidak Pernah Berbau

Alhamdullillah, setelah seminggu aku bawak kereta aku sudah ada keyakinan. Parking yang dulunya senget dah mula tegak sikit2. Walupun aku berani je nak pegi ke jalan besar tapi aku tiada keyakinan itu lelagi seorang diri.

Tetapi hari ni aku cuba nak keluar ke pasar seorang diri walaupun ayah dan ibu dah berkali2 pesan supaya tidak berseorangan jika ke mana-mana. Aku bukan apa, aku tak nak susahkan sesiapa. Betul orang kata, kalau benda nak jadi kita bukan boleh elak...

Aku selesaikan kerja rumah secepat yang mungkin, sapu sampah, kemas rumah, basuh baju, cuci sinki dan sidai baju. Selesai kerja rumah aku terus turun untuk mendapatkan keretaku.  Terus terang aku kata, walaupun sebelum ni aku takut nak bawak kereta tapi bila dah selalu bawak aku asyik rasa nak bawak je. Semacam seronok je kalau dapat duduk di tempat pemandu itu. Jadi, dengan yakinnya aku keluar dari taman perumahan ke pasar.

Hampir tiba di pasar parking pulak penuh, aku pun terus ke depan mencari tempat parking yang lain. Sampailah di satu simpang tiga, aku berhenti untuk ke kanan dan memastikan keadaan selamat untuk aku ke kanan. Bila sudah tiada kereta di kiri dan kananku, aku gerak dan tiba2 ada kereta di hadapanku yang sedang mengundur untuk keluar dari petak parking. Aku sempat brek tetapi BANG!! Aku hon dia.. Tetiba dia keluar kereta, lelaki dan terus menuju ke arahku. Aku rasa aku dah cukup pucat masa tu. Tangan aku betul2 menggigil.  Kaki aku pulak kuat menekan brek. Dia marah aku, "apa macam you bawak? tak nampak saya sudah mahu 'gostan'!?"
Dalam keadaan yang sungguh panik aku terus jawab
"saya sudah bagi signal mahu ke kanan....."
"tapi saya sudah mau gostan ma...sikarang tatau, camane mau settel??" dia terus potong jawapan aku.
"kereta you ade rosak ke??" aku tanya balik
"ada sikit calar ma....macam mana mau kira??"
Aku yang memang betol panik terus ketepikan kereta dan keluar dari kereta untuk melihat calar yang dia katakan tadi tanpa aku hiraukan kereta aku yang mungkin lagi teruk. Semasa aku pergi ke arahnya dia terus cakap,
"tak apela....tak apelah....kira settle la...calar sikit saja....cincaila...." terus masuk ke kereta dan pergi.
Yang aku pulak berdiri terpinga2 kat situ....Aduhai~

Aku periksa kereta aku, ada kemek sikit....Aku masih lagi bingung tentang apa yg sedang berlaku, tapi apa yg aku pasti aku tertanya2, kenapa dia kira cincai plak tadi kata nak settle. Aku dah terfikir2 tadi, andai dia nak suruh aku bayar ganti rugi aku akan cakap aku nak telefon ayah aku dulu...Biar lelaki yang settle kan....

Aku masuk ke kereta, entah kenapa aku menangis...Aku betul2 takut. Aku telefon seseorang... Aku betol2 tak cukup tenang waktu itu untuk memandu. Apa yang aku buat hanya menangis. Selepas 10 minit aku dapat balik keyakinan untuk terus memandu, yela takkan aku nak berada kat situ selama2nya. Walaupun masih terketar2, aku teruskan juga pemanduan.

Selepas kejadian ni, aku tiba2 rasa trauma....kesian my Vee aku.. Hmmm~

Aku kate ~ kena berteman nak pegi mana2 lepas ni...lainlah kalau awak tu memang dah mahir nak tengok semua cermin yang ada kat kete tu dalam masa 1 saat je....huuuu~

Wednesday, March 30, 2011

My vee oh my veee


wa....hari ni tak tau kenapa aku rasa risau sangat
esok aku plan nak pegi service kereta pink aku tu untuk kali yang pertama sempena 1o0okm yang pertama
Dek kerana risau tu aku try google kat internet nak tau pendapat dorang untuk service yang pertama
Macam2 pendapat, ada yang best, ada yang tak best....risaunya...dan yang paling merisaukan bila di caj dengan caj yang terlalu tinggi walaupun baru 2minggu menggunakannya... wa...mana nak cekau duit ni....huhuhu...
Walau apepe pun aku harap urusan aku dipermudahkan...aminnn~

Akukate~ saya sayang kereta saya....huhuhu