Showing posts with label Korean Drama. Show all posts
Showing posts with label Korean Drama. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Korean Drama Addicted

Tajuk post ni macam aku ni gila minatla kat drama Korea ni kan??? sebenarnya tak semua drama Korea yang aku suka, ialah mana taknya kalau korang penggemar drama Korea korang pasti akan setuju kalau aku katakan jalan cerita cinta setiap drama Korea ni sama. Mesti akan ada orang ketiga, cinta yang sukar dilafazkan, salah faham dan sebagainya. Ya, memang setiap cerita cinta pun akan ada elemen itu semua, tapi aku boleh katakan di sini yang drama Korea ni ada kekuatannya sendiri. Kekuatan pada kisah cinta dan cara lakonan yang superb. Korea merupakan "the land of beautiful men", sebab itu kadangkala aku rasa tidak mahu melayan drama Korea kerana heronya yang terlalu metroseksual sehingga nampak cantik dan bukan hensem.

Sejak drama Korea diperkenalkan di Malaysia aku sedar yang aku mudah
bosan dengan drama-drama tersebut jika ianya ditonton secara maraton, maksudnya habis satu drama, layan drama lain pula... aku mudah bosan. Tu yang dah berbulan2 baru aku cari drama Korea best yang patut ditonton. Bila kita mula menonton drama Korea yang best kita rasa mahu menonton lagi, dan apabila drama seterusnya tidak dapat mencapai jangkaan kita itu yang membuatkan aku bosan untuk menonton drama Korea lagi. Orang kata hidup ibarat roda, ha...macam tula aku dengan drama Korea ni. Kadangkala aku minat, kadangkala aku tak minat.

Bila menonton drama Korea aku akan pastikan aku suka dengan heronya. Dan heronya mestilah betul2 LELAKI, iaitu handsome, serious, funny, GAGAH dan kalau ade sedikit panas baran pun aku suka. I dont really like pretty hero..hehe... Kemudian, heroinnye juga mestilah cantik menawan dan bukannya yang jenis kasar yang suka kontrol lelaki lain. Jalan cerita mesti superb beb, yang dapat mengajak penonton sama2 merasai cinta, sedih, marah, gembira dan sebagainya. Dan yang pastinya kenalah romantik...ehek!


Okey, berikut merupakan koleksi Drama2 Korea yang aku miliki yang semestinya mempunyai segala elemen yang telah aku nyatakan di atas. Drama yang aku rasakan tidak rugi untuk memilikinya dan aku telahpun tonton berulang kali.. Layaaaaan~~~~



Autumn In My Heart
Cinta itu bukan sekadar memiliki tapi merelakan ianya pergi dan abadi selamanya



Loving You
Takdir menemukan mereka, takdir menjalinkan cinta mereka, takdir juga memberi jawapan segalanya. Takdir mungkin memisahkan mereka untuk menelan segala kebenaran yang pahit, tapi akhirnya mereka memang ditakdirkan untuk bersama.



Coffee Prince
Setelah berperang dengan perasaan kerana menyintai kaum sejenis akhirnya cinta mampu dilafazkan apabila mengetahui lelaki itu adalah seorang gadis yang terpaksa menjadi lelaki untuk memegang amanah ayahnya membela nasib keluarga. Cafe Coffee Prince menyaksikan segala kisah cinta mereka.



Biscuit Teacher and Star Candy
Benci bertukar menjadi sayang, walaupun hubungan mendapat tentangan keluarga, walaupun umur jauh berbeza, sungguh dia cintakan gurunya.


Sorry, I love You
Cinta yang tidak kesampaian kerana menanti detik kematian. Dan sehingga ke hujung nyawa dia cintakannya....



IRIS
Cinta pandang pertama membuatkan mereka bersama, tugas merbaya sering memisahkan mereka dan akhirnya di saat bahagia telah tiba musibah datang mengambil nyawa.



You Are Beautiful
Susahnya melafazkan cinta, susah lagi menanggung derita. Akhirnya mereka bahagia bila pasti mereka telah ditakdirkan untuk bersama.


Akukate ~ kalaulah kisah cinta realiti boleh macam drama korea punye kisah cinta.... damn it!